Tuesday, August 18, 2009

Sketsa di Central Market (CM)

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya
Ribuan warga kota dalam kegelisahan
Tambahan yang menaiki kenderaan awam

Dari satu sudut ku memerhati
Mereka berlari-lari anak
Mengelak dek basah kerana hujan
Mereka yang di dalam bas
Berkejar-kejar ke arah CM
Mencari tempat berteduh

Di bawah canopy
Ada hiburan sang badut
Membuatkan para hadirin
Senyum dan ketawa sendirian
Tentunya ada yang mencuit hati
Cukuplah sekadar hiburan
Sementara nanti hujan teduh

Hujan semakin reda
Aku berjalan menyusur untuk pulang
Warga kota tetap dengan urusannya
Sentiasa sibuk walau apa pun

Kadangkala Ianya Begini

Kadangkala
Perjalanan itu menyusahkan

Kadangkala
Perjalanan itu menyenangkan

Kadangkala
Perjalanan itu berombak-ombak

Ya Allah Ya Tuhanku
Berikan kesinambungan kekuatan
Sebagaimana diriku berusaha untuk teguh

Ku cuba kalihkan kesedihan
Tetapi di hati ini sentiasa bergenang
Aku menerimanya sebagai ujian
Tetapi ... sampai bila

Janji-janji bayangan pudar
Gelak senyuman
Hanyalah palsu

Demi pertahankan sebuah ikatan
Perlukah aku terus begini

Monday, August 10, 2009

Keliru Dalam Dunia Yang Keliru

Pertembungan dalam peradaban
Dalam kelompok masyarakat yang pelbagai
Mereka yang asing di bumi ini
Seolah mencari tuju hidup

Walau sedaya mana pun
Mereka segan siapa mereka
Takut dipandang hina
Apalah daya sebagai perantau

Cuma yang ada maruah diri
Jangan sekali diperdagangkan
Kita tetap kita walau apa pun
Iman dan pendirian menentukan

Pabila Tersedar

Tiada apanya
Yang lebih indah lagi
Pabila tersedar
Akan terimanya
Suatu perhatian
Dan sayang
Dari seorang insan

Agar ianya lanjut
Tanpa pudar
Kekadang tak terterima
Tetapi apalah pendirian
Pada suatu janji

Kerinduan apabila
Di sisi tiada
Harapnya teguh hati ini