Saturday, November 21, 2009

Dimensi Hambar

Salam dihulur
Untuk silaturrahim
Mana kan tahu
Ia berlalu dingin

Susahnya menelah
Hati mereka
Mungkin pertemuan
Dalam dimensi yang hambar
Apakan daya
Itu rencahnya


Tuesday, November 17, 2009

Sekilas Penilaian

Mereka menilai dan berkesimpulan
Atas dasar apa

Sekilas penilaian
Tiada makna apa-apa
Hanya kerana emosi dan iri hati

Berilah mereka peluang
Untuk buktikan
Tiada siapa bebas dari kesilapan
Hendaknya penting hati tulus
Buktikan mereka-mereka itu bersalah

Jika benar kita di pihak yang silap
Kembalilah ke pangkal jalan

Tuesday, November 10, 2009

Pembela Itu

Asal mula berjuang membela
Lantaran kuasa berebut jua
Duhai manusia pelusuk warga
Bilakah terbit keinsafan kita

Kerana dengki mencaci maki
Lupa perjuangan lupa diri
Sandaran harapan semakin pudar
Minda buntu kerana petualang

Ada sinar belum tentu nan bercahaya
Kuatkan tekad kita kan berjaya
Walaupun diragui keikhlasan baru

Tuesday, September 29, 2009

Pengharapan

Hidup
Penuh dengan pengharapan
Yang tak mampu untuk di gapai
Bukannya salah sendiri
Dan bukan pula untuk dituding jari

Terimalah
Hukum alam menyatakannya
Kalau boleh diundur
Untuk apa ianya

Manfaatkan masa yang berbaki
Teruskan budi dan keikhlasan
Semana yang mampu
Agar selepas ini
Kita tak berasa kekesalannya

Monday, September 14, 2009

Cinta, Kasih dan Sayang

Cinta, kasih dan sayang
Terbit dan lahirnya
Tanpa undangan dan alasan

Hati sungguh misteri
Atas dorongan ini
Adakah kecantikkan, kelembutan, keakraban atau keikhlasan
Yang pasti
Ia diletakkan di suatu tempatnya

Friday, September 4, 2009

Kembara Seniman

Kadang-kadang kita tersilap pada sebuah pengertian
Kita mengharapkan pada keindahan
Sedangkan keindahan itu biasa sahaja

Mungkin tidak salah untuk megharap
Tetapi apakah harapan itu akan makbul
Walau bagaimana kesabaran itu mengiring
Iringan itu terbatas jua
Walau diharap tidak begitu
Kegembiraan pasti mendatang jua

Maafkan pada kesilapan itu
Aku insan biasa
Tidak lari dari berperasaan!

Dunia Hampa

Sudah berapa kali ku katakan
Bahawa isi dunia ini antara manusianya tidak sama
Ada yang tulus baiknya
Ada yang serlah jahatnya
Ada yang sembunyi antara baik dan jahatnya
Ada yang tidak kisah apa-apa

Kebaikkan itu payah
Nampaknya mereka gagah dengan kejahatan
Orang yang memperjuangkan
Jangan tunduk
Lama-lama...
Kebenaran akan diterima
Pada masa yang tidak disedari

Jawapan Yang Hilang

Tak dapat ku pastikan
Apa yang di cari oleh manusia ini
Samada kesusahan atau kesenangan

Namun begitu
Tak siapa yang berkehendakkan susah

Siapa tahu yang menolak kesenangan
Mungkin satu mainan sahaja
Untuk ku cari
Sebuah jawapan yang hilang

Maaf Kerana Itu

Maaf ku pinta kerana mengasari
Bukan niatku berbuat begitu
Percayalah penyesalanku
Agar segala jernih semula

Thursday, September 3, 2009

Akan Ku Cuba

Aku cuba menggapai dunia
Apakan daya tangan tak sampai
Aku tertewas dalam perjuangan diri sendiri
Tersembam dalam lembah samar

Dari sedikit kekuatan dan kesedaran yang ada
Dapatku berpaut pada dahan harapan
Harapan untuk menapak di dunia luas
Yang pastinya ada bahagian untuk kita

Lemparkan kesedihan dan kekusutan itu
Yang tak ku biarkan membelenggu minda
Walau perit untuk dilakukan
Tetapi perlu untuk menebus kesilapan

Maafkan daku pada sebuah keterlanjuran
Tidak paling tidak meninggalkan kesan
Walau apa pun yang telah terjadi
Aku tetap tidak dapat merubah keadaan

Pada waktu dan ketika ini
Akan ku cuba menyandarkan suatu tekad
Tidak bermakna kesilapan itu titik jatuh buat aku
Ia sebagai pengajaran bahawa hidup ini begitu beginilah percaturannya!

Tuesday, August 18, 2009

Sketsa di Central Market (CM)

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya
Ribuan warga kota dalam kegelisahan
Tambahan yang menaiki kenderaan awam

Dari satu sudut ku memerhati
Mereka berlari-lari anak
Mengelak dek basah kerana hujan
Mereka yang di dalam bas
Berkejar-kejar ke arah CM
Mencari tempat berteduh

Di bawah canopy
Ada hiburan sang badut
Membuatkan para hadirin
Senyum dan ketawa sendirian
Tentunya ada yang mencuit hati
Cukuplah sekadar hiburan
Sementara nanti hujan teduh

Hujan semakin reda
Aku berjalan menyusur untuk pulang
Warga kota tetap dengan urusannya
Sentiasa sibuk walau apa pun

Kadangkala Ianya Begini

Kadangkala
Perjalanan itu menyusahkan

Kadangkala
Perjalanan itu menyenangkan

Kadangkala
Perjalanan itu berombak-ombak

Ya Allah Ya Tuhanku
Berikan kesinambungan kekuatan
Sebagaimana diriku berusaha untuk teguh

Ku cuba kalihkan kesedihan
Tetapi di hati ini sentiasa bergenang
Aku menerimanya sebagai ujian
Tetapi ... sampai bila

Janji-janji bayangan pudar
Gelak senyuman
Hanyalah palsu

Demi pertahankan sebuah ikatan
Perlukah aku terus begini

Monday, August 10, 2009

Keliru Dalam Dunia Yang Keliru

Pertembungan dalam peradaban
Dalam kelompok masyarakat yang pelbagai
Mereka yang asing di bumi ini
Seolah mencari tuju hidup

Walau sedaya mana pun
Mereka segan siapa mereka
Takut dipandang hina
Apalah daya sebagai perantau

Cuma yang ada maruah diri
Jangan sekali diperdagangkan
Kita tetap kita walau apa pun
Iman dan pendirian menentukan

Pabila Tersedar

Tiada apanya
Yang lebih indah lagi
Pabila tersedar
Akan terimanya
Suatu perhatian
Dan sayang
Dari seorang insan

Agar ianya lanjut
Tanpa pudar
Kekadang tak terterima
Tetapi apalah pendirian
Pada suatu janji

Kerinduan apabila
Di sisi tiada
Harapnya teguh hati ini